Monday, November 22, 2010

Tak paham-paham lagi ke?

Sekolah dah mula cuti kan. Shopping mall mula la penuh dengan budak-budak. Bila aku 'berjalan' guna wheelchair, banyak mata memerhati. Lagi-lagi kalau nampak parut sejengkal dekat kepala lutut tuh. Tapi, bagi orang yang mendengar sahaja berita kita masuk spital operate tanpa mengetahui perkara sebenar, macam-macam fitnah tabur. Konon aku mengada-ngada, tak operate pun. Saja tak nak pegi mengajar. Malas nak kerja.

Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati ni. HOI!! Aku memang sakit. Kaki ni pun belum dapat bengkok 90 darjah. Berjalan mana-mana masih bertongkat. Belum mampu kaki tampung berat badan. Pegi fisioterapi, diorang tolak kaki ni bagi bengkok. Macam mana sakitnya? Cuba korang buat split, paksa diri buat split, macam gimnas buat tu. Kaki satu depan, satu belakang. Lurus dua-dua. Boleh tak? Kalau bukan ahli gimnastik, sakit kan?? Macam itulah sakitnya. Tapi macam kes aku, memang kena paksa. Azab tak terkata.

So, janganlah nak terus jatuh hukum dekat aku kalau tak tahu cerita. Aku sakit ni, cara Tuhan bagi aku peluang bersihkan dosa-dosa aku. Janganlah nak tabur fitnah and cerita yang tak relevan langsung. Aku sayangkan budak-budak yang aku mengajar. Kalau boleh berjalan macam biasa, memang aku ke sekolah. Kesian budak-budak. Tanggungjawab aku mendidik mereka. Aku nak gaji aku bukan setakat halal, tapi bersih. Maksud bersih? Betul-betul jalankan tugas dan tanggungjawab mendidik budak-budak dan tugas-tugas yang diamanahkan di tempat kerja. Bukan ke sekolah, bagi budak bola sebiji, lantak ko main. Aku nak makan pagi. Haa......Jawab sendirilah....

Pagi esok another trip to physio. Another painful session. Tapi aku nak sembuh. Mungkin tak dapat macam dulu semula. Active. But at least, do other stuffs like walking, cooking, driving like many normal people do. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment